Translate

Saturday, February 14, 2015

Takoyaki

Ok, sampai masa cakap pasal Takoyaki. Gerai tempat aku kerja masa cuti semester ni. Masih lagi kerja sana, sampai hujung bulan 2. 
Sebelum kerja sana aku tak pernah pula dengar pasal benda alah Takoyaki ni. Baca pernah le, itu pun dalam komik. (One Piece)

Macam sedap je nengoknye. Masa dapat kerja di gerai ni, aku on the way nak pergi walk in interview ke ICity, sekali bos Tako telefon kata ada kerja kosong. Aku timbang punya timbang, aku pun terima kerja di gerai Tako. Kenapa? Sebab boleh dapat experience masak dan makan Tako, ye tak? Kerja ICity? Dapat experience tengok orang bersuka ria je lah. 

Okeh, gerai Tako, Gerai ni dibuka di seksyen 7 Shah Alam Selangor. Seberang Pusat Komersial, di belakang Jakel, dalam Foodcourt Roshni, gerai bernama MyTakoyaki. (Kalau tak jumpa juga tak tahu le aku)

Aku kerja dengan adik aku, memasak Tako setiap hari. Golek, goreng. Golek, goreng, dan golek dan goreng. Masaknye tak adalah lama mana pun, dalam 7-10 minit je. Kalau order satu, cepatlah siap. Order 3-4 pax lambat sikitlah. Normal la, betul?

Okeh, aku nak promotelah sikit, dah aku kerjanye memasak Takoyaki setiap hari. Marilah cube2 datang ke foodcourt roshni kite ni. Bukan gerai Takoyaki je ada, Hot and Roll team ada, Pak Wan Noodle, hah lagi satu yang unik sikit, aiskrim tapai. 

Banyak lagi ada, kedai makan dah tentulah ada (Kalau tak, tak adalah dipanggil foodcourt). Kedai keropok lekor, kedai air jambu, kedai pau dan dimsum. So, selain mempromote Takoyaki ni, aku nak gak la memperkenal kedai member2 seperniagaan ataupun seper'part time'an.

First, yang aku dah try. Hot and Roll, korang mesti ada yang pernah dengar. H&R ni franchise juge. Mereka jual banyak jenis wraps dengan inti2 yang best punye. Aku pernah try, chicken and cheese, banana & chocolate dan peanut butter and chocolate. Rasa dia agak sedap, kenyang pun kenyang. Sesuai untuk breakfast or minum petang. Yang berdiet pun boleh try.....tanpa cheese of course. 



Second, Pak Wan noodle. Hmm, yang ini memang terangkat habis makan mee kari dia. Tambah pulak ayam panggang. Sedap gilerrr! Pak Wan ni banyak juga jenis mee lain2. Mee bebola daging pun ada. Aku dah try mee kari dan mee kari + ayam panggang. Cukup aku cakap sedap sampai mangkuk pun aku jilat. Memang best la buat lunch. (Thumbs up to Pak Wan)


Then, satu lagi kedai depan gerai kami, menjual aiskrim tapai. Ye, memang tak pernah dengar, tapi boleh tahan jugak rasenye. Gerai ni ada jual tapai ubi dan tapai pulut original sekali. Aiskrim dia ada dua jenis, aiskrim tapai ubi dan aiskrim tapai pulut. Shake pun ada dua jenis yang sama. Aku dah try semua, :) . Aiskrimkan, time cuaca panas2 tu try la makan. Sedap pun sedap.


Okeh, last sekali mestilah nak promote gerai tempat aku buat part time. Gerai Takoyaki. Gerai kami ni buka dari jam 10pagi sampai 9malam, setiap hari. So, marilah berkunjung kalau nak merasa Takoyaki, juadah yang datang dari Jepun. Jangan risau, semua ramuan halal belaka (aku yang masak memang le halal). Tako nih asal dia bebola berinti sotong, tapi zaman sekarang semua benda orang improvisekan, so kami sediakan tiga lagi inti selain sotong, iaitu, sosej cheese, udang dan crab stick. Rasa dia? Ait, kalo tak sedap tak adalah aku promote, tak caya tanye budak kerja al-ikhsan sebelah Jakel tu. Setakat ni, mahu lebih sepuluh kalilah dia datang makan. :D . Ini snapshot kami memasak untuk ramai gilerr (cewah) pelanggan yang datang pada hari Sabtu dan Ahad.


                           

       

 Haaa, yang pakai cap, baju biru muka control tu akulah tu, Akak yang selamba tu bos gerai. Dia datang sekali-sekala menjenguk. Sekarang aku dengan adik aku yang jaga kedai dia. :)
Akhir kata mai2 lah datang merasa Takoyaki kami dan pelbagai lagi juadah dari gerai2 yang aku sebut tadi juga gerai2 yang tak tersebut. :p .
Serius, foodcourt ni ada macam2, Dari gerai mamak, gerai keropok lekor sampailah ke gerai yang jual beg2 dan baju. Kedai emas punnn ade (akak yang jual tu antara peminat Tako gak tu).

Ok, sekian dari aku yang dah pun bercerita panjang lebar pasal Foodcourt Roshni tempat aku kerja untuk semester break.

JOM TRY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!






No comments:

Post a Comment